Pages

Thursday 14 December 2017

5 Cara Mengatasi Masalah Bengkak Susu Mudah Dan Berkesan

Cara mengatasi masalah bengkak susu dengan mudah dan berkesan yang mana MekComey sendiri mengalami dan melaluinya.

Sebelum tu mekcomey cerita dengan ringkas tanda-tanda bengkak susu:

a. Sakit berdenyut pada payudara
b. Kulit payudara tegang berkilat
c. Payudara keras dan rasa ada ketulan
d. Bengkak yang panas
e. Puting mengecil
f. Bayi sukar melekap di payudara.

Sekiranya ada antara tanda-tanda di atas, sah anda mengalami bengkak susu.


PUNCA BENGKAK SUSU

Punca utama bengkak susu berlaku adalah disebabkan oleh susu ibu tidak dapat dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan dengan kerap dan efisyen.

Biasanya bengkak susu ni terjadi dalam minggu pertama selepas kelahiran. 

MekComey kene bengkak susu ni selepas lahirkan anak ketiga, hari kedua selepas bersalin sebab susu tak keluar langsung. Macam tersekat. Sakitnya Allah je yang tahu. 

Tambahan risau baby asyik nangis sebab lapar. Disebabkan masih kat wad jadi terhad usaha nak kurangkan bengkak.


CARA MENGATASI MASALAH BENGKAK SUSU MUDAH DAN BERKESAN

Apa yang MekComey buat ialah

1# URUTAN DI SEKITAR PAYUDARA

Urutan pada payudara sangat membantu mengurangkan bengkak susu. Caranya mengurut payudara dengan menggunakan 4 jari dari arah atas ke arah puting. Lakukan sekeliling payudara, terutamanya ketika anda sedang mengepam atau menyusu bayi.

MekComey juga menggunakan sikat rambut yang bersih untuk membuat urutan dan menghilangkan ketulan-ketulan pada payudara.


2# TUAM SEJUK DAN TUAM PANAS

Sebaiknya sebelum membuat URUTAN tadi kita perlu tuam dulu payudara untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak payudara.

Caranya ambil ketulan ais atau icepack dibalut dengan tuala basah lalu tuam di sekeliling payudara.

Tujuannya ialah untuk membuatkan kulit payudara kebas dan kurangkan kesakitan yang dialami.

Kemudian buat tuaman panas pulaanya ambil tuala yang direndamkan air panas lalu tuam ke seluruh payudara bermula dari atas dada ke arah outing.

Tujuannya adalah untuk mengembangkan saluran susu serta melancarkan semula saluran susu yang tersumbat.

Ulang tuaman tadi berulang kali.


3# MEMERAH ATAU MENGEPAM SUSU

Anda boleh memerah dengan menggunakan tangan atau guna 'breast pump'. Cara yang lebih efektif adalah perah dengan tangan.

Sekiranya anda menggunakan p

am, sebaiknya guna level yang rendah dan paling perlahan bagi mengurangkan kesakitan akibat bengkak tadi.

Bila payudara rasa lega sedikit boleh lah susukan bayi secara terus.


4# MAKAN SUPLEMEN.

Lecithin membantu melancarkan saluran susu yang tersumbat. Lecithin ni macam 'minyak pelincir' untuk melicinkan saluran susu kita.

MekComey makan Lecithin brand Shaklee, alhamdulillah sangat-sangat membantu melegakan bengkak susu.

Vitamin C juga penting kerana membantu menghasilkan kolegan dengan cepat dan membaiki semula kerosakan pada saluran susu yang rosak akibat tersumbat tadi.

Vitamin c juga MekComey ambil yang Shaklee sebab specialnya vita c ni walaupun hanya 500mg tapi dia bersifat 'sustained release' iaitu bermaksud setiap 100mg dilepaskan setiap satu jam.

Vita c ni bersesuaian dengan badan kita yang hanya menyerap 100mg vitamin c dalam masa sejam. Jadi kalau kita ambil vitamin c 1000mg skali pun tapi takde sustained release badan kita hanya menyerap 100mg, lagi 900mg rugi macam tu je dikeluarkan melalui air kencing kita.

Jadi terpulang kepada anda untuk memilih suplemen yang bersesuaian dengan badan anda.

5# MINUM AIR SUAM SECUKUPNYA

Tahukah anda kekurangan air dalam badan kita mengganggu perjalanan darah tidak lancar?

Bila perjalanan darah tidak lancar maka menyebabkan sel-sel payudara akan menghasilkan asid. Bila darah berasid mudah berlakunya ketulan susu serta tersumbat saluran susu, maka berlakulah bengkak susu yang menyakitkan.

Oleh itu, ibu-ibu pastikan minum air masak secukupnya. Air suam sangat-sangat membantu kesihatan ibu dalam pantang. Bukan semasa bengkak susu sahaja.


Itu sahaja 5 cara mengatasi masalah bengkak susu mudah dan berkesan yang MekComey sendiri dah amalkan dan rasa keberkesanannya.

Sekiranya ibu-ibu ada sebarang pertanyaan atau nak cuba Lecithin dan Vita c dalam usaha mengatasi bengkak susu ibu-ibu jangan segan contact MekComey. 0179351615

Klik je SINI MekComey akan kongsikan cara makan yang betul dan berkesan. In Shaa Allah.

No comments:

Post a Comment